Jumaat, 10 Ogos 2012

Perjuangan Awal Nabi Ibrahim AS kini Recycle Semula Di Akhir Zaman


Assalamualaikum wbt,

Tujuan post ini dibuka bagi mengingati perjuangan awal Nabi Ibrahim AS.

Ingatkah anda kenapa Nabi Ibrahim begitu marah kepada ayahnya dan kaum-kaumnya?

Nabi Ibrahim amat menentang keras kepada ayah dan kaumnya ketika itu, kerana telah syirik kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, iaitu Allah SWT.

Apakah dosa syirik yang dilakukan oleh ayah dan kaumnya ketika itu?

Ayah dan kaumnya meminta rezeki, tubuh badan sihat, soal jodoh dan seumpama dengannya pada patung yang tidak bernyawa!

Itu yang Nabi Ibrahim sedihkan sangat. Kerana ayah dan kaumnya langsung tidak mahu berfikir, bahawa patung berhala itu tidak membawa manfaat pun kepada mereka.

Maka terjadilah suatu hari, Nabi Ibrahim menghancurkan semua patung-patung berhala yang ada ketika kaumnya tiada di kampung halaman.

Begitulah lebih kurang cerita yang diambil paksu dari Al-Quran, kisah Nabi Ibrahim yang menentang kaumnya yang kufur kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.

Apa yang paksu highlight merah di atas, masih berlaku kepada umat Islam sejagat pada hari ini.

Paksu agak hairan, contoh macam baru-baru ni kawan paksu buat pendedahan berani dia...

"Aku amalkan ayat Kursi untuk mendapat tubuh badan yang sihat..."

Jadi satu kejutan bagi paksu statement berani mati kawan paksu ni. Bagi paksu, "Kenapa hang mintak dengan ayat Quran tu untuk tubuh badan sihat? Awat, mintak direct dengan Allah tak boleh ka?"

Lalu paksu jelaskan pada dia kisah perjuangan Nabi Ibrahim, bagaimana kaum-kaumnya telah syirik dengan Allah SWT.

Kawan paksu terdiam lepas mendengar penjelasan paksu. Dalam pemikiran dia tengah bercanggah.

"Ustaz A kata macamni boleh.....Tapi apa yang paksu cakap ni pun betul juga. Apa cerita dengan ustaz kita hari ni?"

Bagi paksu, kita kena ingat balik perjuangan awal Nabi Ibrahim sampaila ke perjuangan yang dibawa oleh Rasululllah SAW.

Rasulullah SAW sendiri pun menentang kaum-kaum arab yang kufur pada waktu itu, tetapi ada juga kaumnya yang fasiq dan munafiq.

Begitulah perjuangan Rasulullah saw waktu itu.

Jadi, apakah perjuangan yang kita kena bawa pada hari ini?

Kembalilah kepada Islam!

Nota Tambahan 1:
Sepertimana Nabi Ibrahim hancurkan patung-patung yang ada untuk menghentikan kesyirikan kaumnya....

Kita yang ada hari ini BERHENTILAH amalkan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan-tujuan tertentu macam kawan paksu tadi.

Dan gantikannya dengan berdoa kepada Allah direct. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat kepada Rasulullah dan bacalah doa anda itu.

Nota Tambahan 2:
Kisah Gopal dan Ahmad...

Ahmad: Eh Gopal, itu patung u taruk dalam rumah, itu u punya Tuhan ke?
Gopal: Hoi...u cakap baik-baik sikit arr...Itu patung saja la...itu bukan kita punya Tuhan, kita punya Tuhan ada atas (sambil menunjukkan telunjuk jarinya ke atas langit)
Ahmad: Ooo..Tapi apa pasal u mintak doa sama itu patung...
Gopal: Eh...mesti mehh...itu tokong (nenek moyang cakap). Kami mesti la ikut....syarat saja maa
Ahmad: ic...


Jika anda lihat kisah Gopal dan Ahmad, jelas menunjukkan Gopal tidak mengatakan patung dirumahnya sebagai Tuhan, tetapi sebaliknya menunjukkan kefahaman bahawa Gopal tahu Tuhan itu WUJUD.

Tapi silapnya Gopal adalah mau tak mau, Gopal bertegas nak berdoa mesti ada patung tu.

Jadi di sinilah jatuhnya syirik ke atas Gopal.

Nota Tambahan 3:
Doa para Nabi dalam Al-Quran boleh diamalkan dengan syarat anda mengetahui maksudnya. Itu Allah ajar direct kepada manusia yang ada sekarang ni. Tapi doa yang terbaik adalah datangnya dari bahasa yang anda faham sendiri, iaitu doa yang datang dari hati. Ikhlas dari hati.

Nota Tambahan 4:
Warning dari Allah untuk paksu. So sesiapa yg tidak bersetuju, paksu pun tak boleh kata apa, dan paksu hanya akan berdiam saja mengikut apa yg Allah sarankan.

Surah Al-An'am:68-69
68 - Dan apabila kamu melihat orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan perkara yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).

69 - Dan tidak ada tanggungjawab sedikit atas orang yang bertakwa terhadap dosa mereka, akan tetapi (kewajipan mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa.
__________________


credit: paksu1010 CGold

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates