Ahad, 22 Julai 2012

Dunia Di Lihat Dari Langit


French photographer Yann Artus-Bertrand takes shots of the earth from the sky. 

Seen from this unusual angle, our planet is even more beautiful. 

Sometimes you just need to change your perspective.






























































Kredit: CG seether 

Isnin, 16 Julai 2012

Tanda awek korang belum boleh buat bini...



1. belum apa-apa suara dia dah tahap cikgu kawad kaki sekolah menengah. Pantang lambat sikit mulalah dia menjerit-jerit. Kalau dapat jenis ini, baik korang kawan dengan singa je la.

2. bila awek korang tak reti bezakan antara ikan kembung dengan bunga keembung. Tu belum cerita bab masakan lain. Nampak gayanya kalau korang kawin makan kat kedai je la.

3. bila dia tak tau siang dengan malam ataupun dia tak reti tengok jam. Pukul 8 pagi korang call tak bangun lagi. Pukul 12 pun tak bangun. Paling awal pun dia bangun pukul 3 petang. Baik korang pikir lebih 3 kali sama ada nak kawin ke tak.

4. bila sesekali korang check handphone dia, banyak yang nama ahmad dari nama siti. Lepas tu kejap-kejap talipon dia berbunyi. Cakap pulak jauh dari korang.. err... tak paham lagi ka?

5. awek korang suka sangat pengsan kat shoping complex. Pandai pilih pulak tu.. pengsan depan kedai yang mahal-mahal je. Tak paham? Pengsan tu ayat kiasan. Ayat yang betul, kaki mengabihkan duit korang.

6.bila dia boleh berlakon dengan hebat. Korang ajak dating, 1001 alasan dia bagi tapi lepas kantoi dia keluar dengan orang lain. Tengok la lepas tu, mulala dia buat filem sedih depan korang.

7. asal salah sikit mintak putus, salah sikit suruh”clash” dah kawin korang standby kat pejabat kadi je la.. bahagian cerai dan rujuk...



hehehe... 




kredit: CG

Ahad, 15 Julai 2012

Mike Tyson Pergi Mekah...



“ Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari...”

- Mike Tyson-


sumber fb

Isnin, 9 Julai 2012

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

"Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama," kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya."

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

"Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam."

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. "Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir," kata Henry.


Jumaat, 6 Julai 2012

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.. (sejarah sultan johor)



sementara tgh panas isu sultan johor.. aku pun upkanlah sejarah sultan johor yg aku copy paste ni... pasal aku tercari2 sumber kenapa org kata sultan johor keturunan lanun.. org kata la bukan aku kata  tapi tak jumpa 

Sedang aku menyusun buku-buku lama di dalam rak khas di dalam bilik bacaan aku pagi tadi, aku terpegang buku berkaitan sejarah melayu yang tersohor di sekitar tahun 1699, iaitu Sultan Mahmud, Sultan Johor terakhir yang mewarisi darah dari Kesultanan Melayu Melaka, iaitu titisan darah iaitu putera kedua Sultan Alauddin Riayat Syah II. Jadi setelah membaca sepintas selalu, tercetus idea untuk mencoretkan serba sedikit berkaitan sejarah yang tarjis tersebut. Sebenarnya, kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah menjadi sebuah legenda yang sangat masyhur. Ini bukannya kisah dogengan, ia kisah BENAR yang berlaku di Kota Tinggi, pada tengah hari Jumaat pada tahun 1699. Sultan Mahmud Syah ditkam sempai mati oleh Laksamana baginda sendiri, seorang pahlawan dari Bentan, kepulauan Jawa, yang bernama Megat Seri Rama.


Kisah Pilu ketika hujan panas hampir reda itu sangat menggemparkan, selain sultan, beberapa orang pengiring baginda turut ditikam oleh Laksamana Bentan yang hilang pertimbangan kerana terlalu marah, setelah isteri beliau yang mengandung anak sulung dihukum bunuh atas arahan sultan, hanya kerana mengidam makan seulas nagka yang diambil dari taman diraja. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ibrahim Syah, Sultan Melaka terakhir ( 1488-1511) , yang mana putera kedua baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Johor I pada tahun 1528 dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Selepas peristiwa tahun 1699 itu, Kesultanan Melayu Johor telah diambil oleh Keturunan Bendahara (1699-1816), kemudian beralih tangan kepada keturunan Temenggung Abd.Rahman Sultan Johor Riau (1816), dan diwarisi oleh Sultan Mahmud Iskandar, Sultan Johor yang sedang bertaktha pada hari ini.


Perihal tragedi yang menimpa Sultan Johor yang masyhur ini, telah diceritakan terus menerus, lepas satu ke satu generasi sampai ke hari ini. Selepas hampir 4 kurun peristiwa ini berlaku, kisah Sultan Mamud mangkat dijulang ini masih menjadi kisah yang sangat diingati oleh penduduk-penduduk asal Kota Tinggi, lebih-lebih lagi orang-orang keturunan Bentan sendiri masih takut terkena sumpah jika memijak tanah Kota Tinggi. Catatan sejarah Johor purbalaka ada meriwayatkan tatlaka hujan panas mulai turun mencurah-curah pada hari Jumaat dalam tahun 1699, orang-orang besar Istana telah melarang Sultan Mahmud II, daripada menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak tidak berapa jauh daripada istana baginda. Cakap-cakap orang telah sampai kepengetahuan Datuk Bendahara Tun Abd.Majid, bahawa Laksamana Bentan( Megat Sei Rama) yang baru pulang daripada mejalankan titah sultan menghapuskan lanun-lanun di kepulauan Riau telah mengetahui perihal kematian isterinya ( Dang Anum) yang sedang sarat mengandung sulung itu. Datuk Bendahara khabarnya telah mengadap baginda dalam keadaan basah kuyup untuk menyampaikan rasa tidak sedap hatinya dan menasihatkan baginda supaya tidak keluar daripada Balai Rong seri sebagaimana kebiasaaannya. Baginda juga telah diberi ingatan oleh Bendahara supaya berhati-hati dengan menambahkan bilangan pengawal di-Raja semasa berangkat menunaikan sembahyang Jumaat.

Hujan panas masih belum reda, tatkala Sultan Mahmud Syah II berkira-kira untuk berangkat meninggalkan istana buat kali yang terakhir, seorang pengiring baginda telah datang dan menyembahkan sebilah keris untuk dipakai oleh baginda sebagai langkah berjaga-jaga. Baginda turun dari istana dan memasuki usungan yang diangkat oleh empat orang pengiring dengan dikelilingi oleh ramai pengawal istana. Di pertengahan jalan hujan mulai teduh, tepai masih renyai-renyai, awan agak mendung dan mentari beransur-ansur hilang di balik awan yang muram seolah-olah sedang beradu. Sebagaimana minggu-minggu sebelum itu baginda akan diturunkan agak jauh dari masjid tetapi pada hari Jumaat yang malang itu, pengawal-pengawal istana baginda berkeras mahukan baginda diusung hingga ke tangga masjid dan di saat-saat akhir hayat baginda pun tiba, Megat Seri Rama telah hilang siumannya, hanya menanti masa untuk menuntut hutang darah,

Tatkala sultan hampir dengan tangga masjid dan masih lagi di atas usungan, Megat Seri Rama dengan tanpa berlengah lagi menerkam dan menikam baginda tepat pada perut sultan, darah merah pekat membuak-buak membasahi pakaian baginda sultan dan menitis jatuh di atas tanah, beriringan dengan titis hujan air hujan yang membasahi bumi. Sebuah keluhan pilu kedengaran. Baginda mengerang kesakitan, bisa keris yang telah diperasap limau pantas menyelinap ke segenap urat saraf Sultan Johor yang malang itu. Megat Seri Rama bagaikan dirasuk, habis pengawal diraja ditikam, orang ramai yang datang untuk bersembahyang Jumaat pada hari itu bertempiran lari menyelamatkan diri. Di saat sakaratulmaut sudah menghampiri, Sultan Johor, Sultan Mahmud II sempat mencabut kerisnya dan melontarkan ke tanah terkena hujung ibu jari Megat Seri Rama. Demi kedaulatan raja yang tinggi, luka yang sedikit itu meninggalkkan bisa yang bukan kepalang. Laksamana Bentan sempat mengerang hanya seketika sebelum jatuh menemui ajal tidak lama kemudian. Sumpahan seorang sultan yang penuh daulat " Aku sumpah tujuh keturunan Bentan akan muntah darah kalau pijak bumi Kota Tinggi" . Baginda mangkat sebelum diturunkan di atas usungan.

Kisah sedih ini tercatat dalam Sejarah Johor oleh Tun Sri Lanang sebagai " Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" Baginda mangkat dalam usia yang muda dan menaiki taktha pada tahun 1685. Kemangkatan baginda yang tidak meninggalkan zuriat menyebabkan pembesar Johor pada masa itu bermaufakat untuk melantik Bendahara Tun Habib Abd.Majid menjadi Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV ( 1699-1718) dan semenjak itu berakhirlah titisan zuriat Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka yang mengasaskan kesultanan Johor semenjak 1428.
Kisah ini akan kekal menjadi peristiwa yang paling tragis dan akan tetap diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.


Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates