Rabu, 11 Januari 2012

Doa Bagi Melunaskan Hutang dll. (Surah Ali Imran - Ayat 26-27)


Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya.

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dengan sanad yang jayyid dlm Bab Doa, Muaz r.a.pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas mengajarnya membaca ayat ini... 

Surah Al-imran Ayat 26-27

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. (Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)


(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal - Ustaz Hj Zahazan Mohamed)







 Kredit : -carigold-

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates