Isnin, 30 Januari 2012

Ikhwanul Muslimin Mesir.

Anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya:

Lebih dari 140 orang hafal al-Quran.
Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis
Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran
Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu
Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi
Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara
Dan 4 orang wanita yang bertudung kemas *






Rabu, 25 Januari 2012

Gambar-gambar Kumpulan Samseng Paling Bahaya Di Dunia


aryan brotherhood (america)


mexican zoot ladies


mara salvatrucha 13 (los angeles)


yakuza family (japan)


chinese triads (china)


la eme (mexico)


the crips (african american)


the mungiki (kenyan)


la nuestra (mexican american)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x562.

bosozoku bikerz gang (japan)


baharom si rempit (malaysia)


panglima perang ludah (malaysia)
______________________________________________________________________________________________
HEHEHE....


Kredit- Kehidupan CG

Selasa, 17 Januari 2012

Lagu Khas Badminton Dari JoHaRa Era FM

Korang layanlah video klip di bawah ini. Lagu khas untuk pasukan badminton negara kita berjudul Smash nyanyian JoHaRa Dj Era FM. Memang terhibur dibuatnya...hahaha

Ahad, 15 Januari 2012

Kelajuan Goalkeeper dan Semangat Pak Arab hehe

Ada dua perkara menarik iaitu cara Joe Hart bermain bola sepak dan cara Pak Arab
mengulas perlawanan tersebut.. haha kelakar je pak arab tu ulas..


Sabtu, 14 Januari 2012

GRAND PRIX pertama di Tanah Melayu

Tahukah anda, Perlumbaan Grand Prix pertama di anjurkan di Tanah Melayu sebelum penubuhan Malaysia ialah di Johor Bahru.



Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor. 

Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung perang. 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari. 

Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk Singapura, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948. 

Kali ini Singapore Motor Club yang baru ditubuhkan ketika itu menjadi penganjur dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri. 

Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta.

2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan. 

Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyang 5 pusingan. 

Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercharged dan 4,500cc supercharge dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.


Sebanyak 88 penyertaan dicatatkan pada 1950 dan 101 penyertaan pada 1952. 

Jumlah penonton juga tidak kurang hebatnya ketika itu dan jumlah penonton terbesar dicatatkan pada 1952 dengan seramai 35,000 penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung.

Jumlah jarak keseluruhan litar untuk satu pusingan ialah sejauh 3.7 kilometer. 

Ianya juga merupakan litar dikawasan sekitar bandar Johor Bahru dengan kombinasi laluan lurus dan selekoh perlahan. 

Perlumbaan dimulakan dihadapan Pejabat Pos Johor Bahru dengan melalui laluan lurus pesisir pantai Lido yang dikenali dengan nama Jalan Tai Heng ketika itu atau sekarang laluan berkenaan lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Ibrahim. 

Pelumba kemudian akan membelok ke kanan menuju ke Zoo Johor bersebelahan Masjid Abu Bakar dan melalui bukit di Jalan Gertak Merah. 

Ni jalan nak masuk Zoo Johor. 

Kemudian para pelumba akan memecut menuruni bukit sebelum sekali lagi belok ke kanan di hadapan Penjara Ayer Molek. 







Laluan lurus sepanjang Jalan Ayer Molek pula membolehkan setiap pelumba melakukan pecutan sehingga ke garisan start/finish di hadapan Pejabat Pos Johor Bahru.


Harga tiket pula ditetapkan pada harga 5 Straits Dollars dan tiket boleh dibeli di Singapura dan Johor Bahru.

Kebanyakan yang menyertai perlumbaan ialah dari golongan berada dan hartawan dari Singapura dan Malaysia. 






Kredit - mr_x6006 CariGOld-

Khamis, 12 Januari 2012

Tandatangan Paling Mahal Di Dunia


1. Tandatangan William Shakespeare




Tandatangan William Shakespeare yang asli dikatakan hanya ada 6 di muka bumi ini dan dikatakan
tandatangan yang termahal di dunia iaitu dianggarkan $5juta iaitu RM 15 Juta bagi duit Malaysia setiap satu.


2. Tandatangan Bekas Presiden AS Abraham Lincoln





Tandatangan bekas presiden AS ini yang di ambil di atas satu surat dikatakan
pernah dilelong sehingga mencecah $ 748,000 iaitu sebanyak RM 2, 244, 000
pada tahun 1991.. wow kat atas surat pun boleh dilelong..memang hebatt


3. Tandatangan John Lennon





Tandatangan ahli kumpulan The Beatles ini iaitu John Lennon dikatakan tandatangan yang terakhir
beliau di atas salinan albumnya yang terakhir pada tahun 2003 sebelum mati dibunuh.
Nilai tandatangan ini dikatakan mencecah $ 525,000 iaitu sebanyak RM 1, 575000.


4. Tandatangan Jimmy Page




Tandatangan lagenda gitaris Jimmy Page pernah mencecah $49,000 iaitu sebanyak RM 275, 000
di suatu jualan lelong. Tandatangan ini ditandatangani di sebuah gitar.


5. Tandatangan Jimmy Hendrix





Tandatangan pemain gitar paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock ini telah mengejutkan
dunia apabila meninggal pada usia 27 tahun. Walaubagaimanapun, tandatangannya di atas sebuah kertas
memiliki harga £ 41,000 iaitu sebanyak RM 230,000.
__________________

HAhaha... sain pon ada org nak beli kan.. sain aku ada sape nak x?? hehe

Kredit-Carigold-

Check MUET November 2011 Result


Hi readers,
Previously I had informed that MUET November 2011 result will be announced on 12th January 2012. This was officially announced by MPM itself  on 9th January 2012.
Candidates whom wish to check MUET November 2011 result can do so either via online or SMS respectively. Candidates whom wish to check MUET November 2011 result via SMS can do so as below:
>> Type MUET and send to 15888
SMS sytem will be activated onwards 12.01am on 12th January 2012. Candidates whom wish to check online MUET November 2011 result they can log in towww.mpm.edu.my and check onward 9am on 12th January 2012.

Rabu, 11 Januari 2012

Doa Bagi Melunaskan Hutang dll. (Surah Ali Imran - Ayat 26-27)


Ayat 26-27 Surah Ali Imran ini adalah amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Muaz Bin Jabal r.a. bagi melunaskan hutang-hutang yang ditanggungnya.

Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dengan sanad yang jayyid dlm Bab Doa, Muaz r.a.pernah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi s.a.w. lantas mengajarnya membaca ayat ini... 

Surah Al-imran Ayat 26-27

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. (Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)


(dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal - Ustaz Hj Zahazan Mohamed)







 Kredit : -carigold-
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates