Khamis, 4 November 2010

Di Mana Kan Ku Cari Ganti !



Masuk hari ini dah 4 kali saya menonton dokumentari P Ramlee , cukup memilukan apabila P Ramlee meninggal dunia dalam keadaan yang cukup daif iaitu dalam keadaan yang miskin dan haki yang patah dan terluka. Dokumentari ini selama 2 jam yang menceritakan perjalanan kehidupan Arwahyarham Tan Sri P Ramlee yang pada mulanya tidak dikenali sehinggalah beliau dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa dan sehinggalah beliau meniupkan nafas yang terakhir.

Kisah kehidupan P Ramlee pada zaman kejatuhannya cukup memilukan apabila dia telah di boikot oleh wartawan-wartawan , director , rakan artis apabila P Ramlee membawa kejayaan di dalam karya-karyanya, dan akibat dari tindakan cemburu itu , P Ramlee telah menerima pelbagai fitnah , penghinaan yang menyebabkan karier beliau musnah. Akibat tekanan yang di terima , P Ramlee membawa diri ke Kuala Lumpur , dan apabila di Kuala Lumpur , studio disana sangat lah daif dan menyebabkan terganggunya P Ramlee menghasilkan karya. Tiada kejayaan yang diperolehi oleh P Ramlee di Kuala Lumpur jika hendak dibandingkan Kejayaan di Singapura.

Dan sebelum P Ramlee menyahut panggilan ilahi pada tahun 1973 , beliau sekeluarga menjadi miskin , sehinggakan mereka sekeluarga hanya makan nasi kosong berlaukkan telur sahaja , ketika itu P Ramlee sudah tidak menerima apa-apa tawaran berlakon , menyanyi dan mengarah filem . Banyak syarikat produksi tidak memerlukannya lagi. Bukan saja syarikat produksi malahan Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga tidak pernah memberi dia peluang untuk tampil di stesen milik kerajaan itu dan akhirnya P Ramlee menghembuskan nafas yang terakhir. Sehinggakan apabila P Ramlee meninggal dunia, Puan Sri Saloma mengadu tidak mempunyai wang untuk menguruskan jenazah Arwah. Jika korang semua menonton ,memang terlalu sedih perjalan kehidupan Arwahyarham Tan Sri P Ramlee , dengan bermula kejayaan dan akhirnya penderitaan. Saya cukup berasa kagum dengan penghasilan karya-karya beliau yang cukup bernilai sehingga ke hari ini. Apa-apa pun , korang jangan lepaskan peluang menonton dokumentari yang cukup terbaik ini , belum pernah ada dokumentari tentang perjalanan kehidupan Arwahyarham Tan Sri P Ramlee sebelum ini. Banyak lagi kisah-kisah menarik Arwah dan kisah sedih ketika zaman kejatuhan beliau.


Kepada yang terlepas dokumentari P Ramlee, boleh tonton semula di Astro History, pada 1nov 1pm dan 10pm, 2nov 4pm, 6nov 7pm, 7nov 10am, 15nov 10pm.

dan kepada yang ingin download dokumentari ini boleh klik di bawah

MegaUpload Download (Single File)
http://www.megaupload.com/?d=RBWKLA9M




0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates