Khamis, 9 September 2010

Selamat tinggal Ramadhan !


selesai sudah 30 hari kita berpuasa. seakan-akan baru sahaja engkau menyinggahi kami. Kini sudah tiba masa engkau pergi dari kami. Adakah aku dapat bertemu dengan mu lagi? adakah ini puasa terakhir dalam kehidupan ku?? sesungguhnya aku sedih pemergianmu ,
Ya Ramadhan! Kini, engkau akan meninggalkan kami, membuat kami untuk menunggu engkau setahun lagi, jika kami di beri keizinan-Nya untuk bertemu lagi. Tika ini juga, kami semakin alpa, semakin lupa, mula melupakan mu kerana asyiknya untuk melakukan persiapan bagi Syawal yang menanti.
Ramadhan! Adakah kita akan bertemu lagi? Bagaimanakah amalan kami di dalam bulan mu? Adakah kami akan kekal dengan amalan kami bersama mu? Apakah kami terbebas dari azab api neraka?

Hanya yang MAHA ESA menentukan, kerana DIAlah yang menjadikan engkau untuk kami…

” Ya ALLAH, terimalah puasa kami dan segala amalan kami di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Maafkan kami atas kealpaan kami dalam bulan Ramadhan. Berilah kami petunjuk supaya kami tidak menjadi manusia yang rugi selepas pemergian Ramadhan pada tahun ini. Ya ALLAH, kurnia kan kami kekuatan untuk beristiqomah dalam amalan yang kami lakukan dalam bulan Ramadhan tahun ini. Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini sebagai titik perubahan kami untuk menghargai Ramadhan yang akan datang, supaya kami tidak lagi mensia-siakan Ramadhan akan datang. Ya ALLAH pertemukan kami dengan bulan Ramadhan akan datang, dan kurnia kan kami umur yang panjang bagi menegakkan agamaMu di muka bumi ini” Amin…



Ramadhan : Antara 2 Zaman(Nazrey Johani)
Ramadhan, satu nasib tak serupa, peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang, mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami, malang terbuang, muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira dengan kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur'an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan, hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami, lesu tak bermaya, tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga






1 ulasan:

ken berkata...

selamat hari raya =)

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates