Khamis, 8 Julai 2010

Arghh !! Germany Tewas ..




Arghhh, sungguh kecewa buat penyokong Germany ! termasuk aku... Waaaaaaa... erm.. apa-apa pun tahniah buat Spain . Buat Germany , Next time bermain la dengan penuh sungguh-sungguh. aku tengok pagi tadi , corak permainan Germany terlalu teruk dan memberi peluang spain berjaya menundukkan pasukan Jerman dengan jaringan tunggal oleh pemain pertahanan Sepanyol Carlos Puyol pada separuh masa kedua dan tandukan tersebut gagal diselamatkan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer . Jelas ketiadaan pemain tengah Thomas Meuller yang digantung satu perlawanan merencatkan permainan dan gerakan pasukan Jerman.
Perlawanan awal pagi tadi hampir keseluruhan dikuasai oleh pasukan Sepanyol dengan gerakan, 'counter attack' dan percubaan yang hampir-hampir menambah gol.


Permainan Jerman pulak kebanyakkannya disekat oleh pemain-pemain pertahanan Sepanyol yang diketuai Gerard Pique dan Puyol, tu yang buat aku geram sangat-sangat tgok germany main .Pada separuh masa pertama, permainan lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol dengan beberapa kali membuat percubaan merbahaya ke pintu gol Jerman. Pada waktu itu, spain menguasai 57 peratus penguasaan bola dengan membuat beberapa gerakan dan hantaran menarik ke arah pintu gol Jerman.


Keseluruhan permainan awal pagi ini dikuasai oleh pemain Sepanyol, dan permainan Jerman pulak tidak seperti dua perlawanan mereka sebelum ini sewaktu menentang Argentina dan England.

Semua sudut dan segenap posisi dikuasai oleh pemain 'spain, dan pemain Jerman seolah-oleh mati akal untuk menjaringkan gol.

Dengan kemenangan ini, membolehkan Sepanyol melebarkan kemenangan mereka dengan Jerman dengan tiga kali kemenangan sejak 1994 berbanding Jerman hanya sekali sahaja
dan Jerman masih lagi gagal membalas dendam kekalahan mereka pada Euro 2008 dengan jaringan yang sama.

harap akan datang Germany dapat membaiki corak permainan dengan lebih baik walaupon tanpa tunggak utama...















2 ulasan:

kenwooi berkata...

yeah.. too bad =/

SHAMIL berkata...

ermmm... mmg bad pon... buat sakit ati je..

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates