Sabtu, 17 Julai 2010

Adolf Hitler dan Islam :Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Aku post tajuk ni sebab ada sesuatu yang menarik pasal hitler yang aku x pernah dengar sebelum ni. Dpt dari facebook dan carigold .Sajer nak kongsi ...


Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
__________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si ***** ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...









Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...










Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Thanx to :
SUMBER http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=108132706











Ahad, 11 Julai 2010

Tahniah Germany ! Walaupun Hanya Tempat Ke-3... We Love Germany !!





Jadilah Tempat ke-3 !!.... Tahniah buat Germany kerana memenangi perlawanan walaupun hanya berjaya merangkul tempat ke -3 keseluruhan Piala Dunia 2010 dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi.




Perlawanan di Stadium Nelson Mandela Bay awal pagi tadi menyaksikan Jerman berjaya menundukkan Uruguay dengan jaringan tipis 3-2 walaupun Germany tanpa kesebelasan utama mereka. Lahm , Podolski , Klose tak dapat bermain atas sebab-sebab tertentu. Hanya yang tinggal OZil , Mueller , Schweinsteiger dan penjaga goal utama mereka Manuel NEUER


Gol-gol pasukan Jerman dijaringkan oleh Thomas Mueller pada minit ke 18, Marcell Jansen (minit ke-56) dan Sami Khedira pada minit ke-82.




Manakala gol Uruguay dijaringkan oleh pemain tengahnya Edinson Cavani pada minit ke-28 dan penyerang liciknya Diego Forlan pada minit ke 51, separuh masa kedua.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan walaupun bermain didalam keadaan hujan lebat.

Namun, Jerman terlebih dahulu membuka tirai jaringan gol oleh Mueller pada minit ke-18

Jaringan tersebut bermula dari hasil rembatan Bastian Schweinsteiger dari jarak 35 meter, dan rembatan itu gagal ditepis dengan kemas oleh penjaga gol Uruguay Fernando Muslera menyebabkan bola itu bergolek ke hadapan.
Mueller yang berada berhampiran bola tersebut, dengan bergayanya menolak bola itu ke gawang pintu goal Uruguay.



Selepas itu, Jerman cuba menggandakan serangan mereka bagaimanapun ia gagal membuahkan hasil.

Uruguay yang tersentak dengan gol tersebut, tidak berputus asa untuk menyerang bagi mendapatkan gol penyamaan dalam perlawanan penuh dramatik itu.

Usaha mereka tidak sia-sia apabila, 'counter attack' yang dilancarkan oleh pemain tengahnya Maximiliano Pereira yang merampas bola daripada Schweinsteiger terus menolak kepada Luis Suarez.


Suarez kemudiannya menolak kepada rakannya Cavani terus membawa bola masuk ke dalam kotak panalti, dan dengan mudah menolak bola tersebut ke dalam gol pada minit ke 28.

Kedudukan pada separuh masa pertama, terikat dengan 1-1.

Selepas gol yang dijaringkan oleh Cavani, pemain-pemain Jerman nampak gugup dengan hantaran yang dilakukan tidak menjadi dan tersekat di barisan pertahanan lawan.

Sebaliknya Uruguay nampak ghairah memburu gol dan peluang terbaik pada separuh masa pertama hadir pada minit ke 41 apabila Luis Suarez yang mendapat lorongan daripada Forlan.

Tetapi tolakan Suarez hanya sedikit sahaja keluar di sebelah kanan, walaupun penjaga gol Jerman Hans Jeorg Butt sudah tertewas.

Pada separuh masa kedua, Uruguay melipatgandakan usaha dengan menyerang

Peluang terbaik untuk pasukan dari Amerika Selatan itu menambahkan jaringan tiba pada minit ke 47 apabila Cavani yang melepasi perangkap 'offside', cuba memperdayakan Hans dengan menepis bola itu tetapi bergolek singgah ke kaki Suarez.

Malangnya rembatan Suarez juga turut ditepis keluar oleh Hans.

Selepas itu, serangan demi serangan dilakukan maka pada minit ke 51, Forlan membuat sepakan 'half volley' hasil sepakan lintang rakannya membolehkan Uruguay mendahului Jerman dengan kedudukan 2-1.

Bagaimanapun kegembiraan kem Uruguay tidak kekal lama apabila lima minit kemudian pemain tengah Jerman Marcell Jansen menanduk masuk pada minit ke 56, hasil hantaran lintang Jerome Boateng di sebelah kiri gol Uruguay dan menjadikan Kedudukan berubah kepada 2-2.

Gol penyamaan tersebut telah menaikkan semangat pemain Jerman menyebabkan mereka melancarkan serangan dan membuat percubaan demi percubaan.

Sekurang-kurangnya empat percubaan dibuat selepas gol kedua itu, tetapi tersasar atau ditepis oleh penjaga gol Uruguay.

Hampir keseluruhan permainan pada separuh masa kedua di banyak dikuasai oleh Jerman dan serangan Uruguay berjaya dipatahkan oleh pertahanan lawan.

Peluang terbaik Uruguay hadir pada minit ke-62 dan 64 apabila rembatan dan sepakan Suarez dan Forlan berjaya di tepis oleh penjaga kedua Jerman.

Bagaimanapun pada minit ke-82, pemain tengah Jerman Sami Khedira berjaya menanduk masuk ke dalam gol setelah bola tandukan hasil sepakan sudut oleh seorang pemain Jerman telah terkena pemain Uruguay.

Kemudian bola tersebut melantun di hadapan Khedira, membolehkan beliau menanduk masuk ke gawang Uruguay.

Kedudukan terus berubah menjadi 3-2 dengan Jerman mendahului pada minit ke-82.

Selepas jaringan tersebut, Jerman cuba memperlahankan rentak permainan dan pada minit-minit akhir permainan, Uruguay dihadiahkan sepakan percuma di hadapan pintu gol Jerman.

Bagaimanapun, sepakan Diego Forlan hanya singgah di palang gol dan bola itu terus keluar.


Akhirnya pengadil meniupkan wisel dan mengesahkan Jerman merangkul tempat ketiga dalam piala dunia 2010.

Meuller dan Forlan yang menjaringkan gol pada perlawanan ini, kini berkongsi dengan lima gol bersama Wesley Scneijder dan David Villa.

Apa-apa pon , Tahniah germany ! Walaupun hanya mndpt tmpt ke-3 . Apa2 pun next time germany dpt mempamerkan corak permainan yang lebih menarik dan teratur walaupun tanpa tunggak utama. Tahniah sekali lagi diucapkan buat germany! We love Germany!



Khamis, 8 Julai 2010

Arghh !! Germany Tewas ..




Arghhh, sungguh kecewa buat penyokong Germany ! termasuk aku... Waaaaaaa... erm.. apa-apa pun tahniah buat Spain . Buat Germany , Next time bermain la dengan penuh sungguh-sungguh. aku tengok pagi tadi , corak permainan Germany terlalu teruk dan memberi peluang spain berjaya menundukkan pasukan Jerman dengan jaringan tunggal oleh pemain pertahanan Sepanyol Carlos Puyol pada separuh masa kedua dan tandukan tersebut gagal diselamatkan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer . Jelas ketiadaan pemain tengah Thomas Meuller yang digantung satu perlawanan merencatkan permainan dan gerakan pasukan Jerman.
Perlawanan awal pagi tadi hampir keseluruhan dikuasai oleh pasukan Sepanyol dengan gerakan, 'counter attack' dan percubaan yang hampir-hampir menambah gol.


Permainan Jerman pulak kebanyakkannya disekat oleh pemain-pemain pertahanan Sepanyol yang diketuai Gerard Pique dan Puyol, tu yang buat aku geram sangat-sangat tgok germany main .Pada separuh masa pertama, permainan lebih banyak dikuasai oleh Sepanyol dengan beberapa kali membuat percubaan merbahaya ke pintu gol Jerman. Pada waktu itu, spain menguasai 57 peratus penguasaan bola dengan membuat beberapa gerakan dan hantaran menarik ke arah pintu gol Jerman.


Keseluruhan permainan awal pagi ini dikuasai oleh pemain Sepanyol, dan permainan Jerman pulak tidak seperti dua perlawanan mereka sebelum ini sewaktu menentang Argentina dan England.

Semua sudut dan segenap posisi dikuasai oleh pemain 'spain, dan pemain Jerman seolah-oleh mati akal untuk menjaringkan gol.

Dengan kemenangan ini, membolehkan Sepanyol melebarkan kemenangan mereka dengan Jerman dengan tiga kali kemenangan sejak 1994 berbanding Jerman hanya sekali sahaja
dan Jerman masih lagi gagal membalas dendam kekalahan mereka pada Euro 2008 dengan jaringan yang sama.

harap akan datang Germany dapat membaiki corak permainan dengan lebih baik walaupon tanpa tunggak utama...















Ahad, 4 Julai 2010

GERMANY LAYAK LAGI !! huhu




Tahniah buat Germany lagi sekali.. hahaha Akhirnya dapat jugak menghalang Argentina ke peringkat seterusnya. Perlawanan tadi sememangnya sengit. pelbagai peluang yang diperolehi kedua-dua pasukan yang sememangnya hampir tersasar ke gawang goal . Apa-apa pon.. thanks di ucapkan


kerana berjaya membawa Germany ke peringkat seterusnya dan berjaya memalukan Argentina dengan kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku. Tapi sayangnya Thomas Mueller tidak dapat beraksi pada separuh akhir kerana dilayangkan kad kuning buat kali ke 2... adoii ..
Apa-apa pon Tahniah lagi sekali buat Germany !! huhu


















Jumaat, 2 Julai 2010

Keciknya Bumi kita?




Korang tunggu je gambar seterusnya .. lihat betul-betul




Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates