Sabtu, 5 Jun 2010

Tulisan Allah Inspirasi Kepada Logo Crocs




Heboh sekarang ini tentang logo Crocs yang bila diubahsuai sedikit, menjadi tulisan Allah. Semua pun tahu, simbolik tulis tersebut amat dititik-berat oleh umat Islam seluruh dunia dan kefahaman agama lain untuk turut menghormati fahaman agama lain adalah perlu bagi meneruskan keamanan hidup di dunia ini. Seperti mana agama Islam tidak pernah mengganggu atau mengejek-ejek fahaman agama lain, adalah perlu untuk mereka yang beragama lain menghormati fahaman orang Islam.



Dalam isu logo ini, sama seperti kebetulan pada logo Coca-Cola, saya hanya mengganggap ianya sebagai satu kebetulan tapi tidak pula menolak jika ianya sengaja disengajakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Apapun seperti yang kita sedia maklum, logo Crocs bukanlah seperti gambar di atas tetapi logo seperti itu diletakkan di tapak kasut bahagian atas (bawah tumit) terutama ada pada kasut Crocband. Biar pun Crocs menggunakan logo di bawah tapi masih boleh dikatakan tidak banyak berbezaan jika dilihat logo tersebut secara terbalik.





artikel diubahsuai dari :ohtidak.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates