Sabtu, 26 Jun 2010

Malam ini: Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010



Hari ini 26 Jun 2010 , akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.

Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.



Circumstances of the Eclipse

Moon enters penumbra: 2010 Jun 26 16:55:22 (4.55 PM)

Moon enters umbra: 2010 Jun 26 18:16:20 (6.16 PM)

Maximum eclipse: 2010 Jun 26 19:38:16 (7.38 PM)

Moon leaves umbra: 2010 Jun 26 21:00:04 (9.00 PM)

Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26 22:21:11 (10.21 PM)



Apa lagi, jom teropong!



Nota tambahan:

1. Kiraan dibuat oleh perisian Skymap Pro dari lokasi Kuala Lumpur.

2. Gerhana bulan seterusnya yang boleh dilihat di Malaysia ialah 15 Jun 2011, gerhana bulan penuh.










from: http://www.falak-online.net
http://www.angkasa.gov.my





0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates