Selasa, 22 Jun 2010

Handicap Goal by Namewee




PETALING JAYA Jun 14, 2010 : Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama 'Namewee' tidak pernah serik mencetuskan kontroversi. Kali ini dia mencipta klip video muzik terbaru dengan mempersendakan rakyat Malaysia berkaitan demam bola sepak Piala Dunia.

Klip berkenaan kini boleh diikuti di dua laman perkongsian video popular iaitu Youtube, http://www.youtube.com/user/namewee dan di dalam blog peribadinya beberapa hari lalu.

Namewee membuat naratif mengenai bagaimana Malaysia tidak pernah melepasi kelayakan Piala Dunia dan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa bertaruh dan menonton setiap perlawanan hanya semata-mata untuk merasai penyertaan mereka dalam acara berprestij dunia itu.

Dia turut menyanyikan lagu rap tentang ‘bookie’ haram serta isteri dan teman wanita peminat bola sepak yang merungut dipinggirkan akibat demam Piala Dunia.

Video dengan durasi empat minit itu turut memaparkan beberapa wanita dalam pakaian sukan yang menarik sedang bermain bola sepak.

Di dalam blognya, Namewee berkata, dia telah menulis 10 lagu yang membawakan perasaan berbeza bagi merasai ‘penyertaan’ Malaysia di dalam Piala Dunia dan menyeru semua untuk berusaha keras demi sukan.

Dia turut mengambil kesempatan dengan memaparkan prestasi Malaysia dalam perlawanan badminton Piala Thomas lalu dan komen pemain negara, Datuk Lee Chong Wei serta komen dan punca kegagalan itu di klip video berkenaan.

Pasukan badminton Malaysia telah ditewaskan oleh pasukan dari Jepun dan Indonesia di dalam Piala Thomas lalu.

Setakat ini, video berkenaan telah disaksikan lebih 151,000 kali dan telah menarik pelbagai komen termasuk pujian dan kritikan daripada para penonton.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/14/mstar_berita/20100614125549&sec=mstar_berita

Jom tonton.. hahaha








0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates