Sabtu, 26 Jun 2010

Malam ini: Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010



Hari ini 26 Jun 2010 , akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.

Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.



Circumstances of the Eclipse

Moon enters penumbra: 2010 Jun 26 16:55:22 (4.55 PM)

Moon enters umbra: 2010 Jun 26 18:16:20 (6.16 PM)

Maximum eclipse: 2010 Jun 26 19:38:16 (7.38 PM)

Moon leaves umbra: 2010 Jun 26 21:00:04 (9.00 PM)

Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26 22:21:11 (10.21 PM)



Apa lagi, jom teropong!



Nota tambahan:

1. Kiraan dibuat oleh perisian Skymap Pro dari lokasi Kuala Lumpur.

2. Gerhana bulan seterusnya yang boleh dilihat di Malaysia ialah 15 Jun 2011, gerhana bulan penuh.










from: http://www.falak-online.net
http://www.angkasa.gov.my





Khamis, 24 Jun 2010

Germany Layak Ke Peringkat Seterusnya

klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Perh.. dapat jugak Germany ke peringkat seterusnya . mmg mendebarkan tengok game tadi , Banyak jugak peluang Ghana untuk bolosi Gol Germany tapi xde luck . Apa-apa pon Germany dapat menebus kekalahan mengejut terhadap serbia beberapa hari yang lalu. Walaupun layak ke peringkat seterusnya, corak permainan Germany masih lagi lemah , terlampau lemah terutama di bahagian pertahanan , bahagian pertahanan yang boleh di harap cuma Lahm je , yang lain hanya mcm paku "Bagai paku yang terpaku" hehehe. Bahagian penyerang pun begitu, paling aku menyampah CACAU . Adoi, buang masa betul kalau dia dapat bola, macam mana la dia bleh terpilih masuk skuad Germany ? Asal dapat bola je mesti merapu, langsung tak berguna CACAU tu. Harap sangat jurulatih dapat membaiki balik corak permainan Germany supaya dapat mengikut rentak permainan. Selepas ini mungkin Germany VS England.. HEH ! mmg gempak, tapi masalahnya kedua-dua team tu adalah team kegemaran aku. ni yang tak tau nak sokong mana? hahaha. apa-apa pon thanx sgt-sgt buat Mesut Özil kerana berjaya menjaringkan goal yang dapat melayakkan Germany ke peringkat seterusnya... Gud Luck Germany !!

klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas









Selasa, 22 Jun 2010

Handicap Goal by Namewee




PETALING JAYA Jun 14, 2010 : Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama 'Namewee' tidak pernah serik mencetuskan kontroversi. Kali ini dia mencipta klip video muzik terbaru dengan mempersendakan rakyat Malaysia berkaitan demam bola sepak Piala Dunia.

Klip berkenaan kini boleh diikuti di dua laman perkongsian video popular iaitu Youtube, http://www.youtube.com/user/namewee dan di dalam blog peribadinya beberapa hari lalu.

Namewee membuat naratif mengenai bagaimana Malaysia tidak pernah melepasi kelayakan Piala Dunia dan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa bertaruh dan menonton setiap perlawanan hanya semata-mata untuk merasai penyertaan mereka dalam acara berprestij dunia itu.

Dia turut menyanyikan lagu rap tentang ‘bookie’ haram serta isteri dan teman wanita peminat bola sepak yang merungut dipinggirkan akibat demam Piala Dunia.

Video dengan durasi empat minit itu turut memaparkan beberapa wanita dalam pakaian sukan yang menarik sedang bermain bola sepak.

Di dalam blognya, Namewee berkata, dia telah menulis 10 lagu yang membawakan perasaan berbeza bagi merasai ‘penyertaan’ Malaysia di dalam Piala Dunia dan menyeru semua untuk berusaha keras demi sukan.

Dia turut mengambil kesempatan dengan memaparkan prestasi Malaysia dalam perlawanan badminton Piala Thomas lalu dan komen pemain negara, Datuk Lee Chong Wei serta komen dan punca kegagalan itu di klip video berkenaan.

Pasukan badminton Malaysia telah ditewaskan oleh pasukan dari Jepun dan Indonesia di dalam Piala Thomas lalu.

Setakat ini, video berkenaan telah disaksikan lebih 151,000 kali dan telah menarik pelbagai komen termasuk pujian dan kritikan daripada para penonton.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/14/mstar_berita/20100614125549&sec=mstar_berita

Jom tonton.. hahaha








Blog under construction









Isnin, 14 Jun 2010

Perlawanan Pertama ! Kemenangan Yang Hebat




Tahniah buat Jerman ! huhu... Baru perlawanan pertama, Australia telah dimalukan oleh Jerman dengan tewas 0-4 ditangan Jerman . Betapa gembiranya aku tengok perlawanan tadi. Jerman mempamirkan skill skill yang menarik dan terlalu banyak peluang yang Jerman perolehi untuk mencapai kemenangan sejak separuh masa pertama lagi. Tahniah buat
  • Lukas PODOLSKI (8')
  • Miroslav KLOSE (26')
  • Thomas MUELLER (68')
  • CACAU (70')
Kerana menjaringkan Gol. semoga Jerman dapat ke peringkat akhir piala dunia Fifa World Cup 2010 !! WOHOOOOOOooooo








Jumaat, 11 Jun 2010

DEMAM WORLD CUP BERMULA !!




Demam World cup baru sahaja bermula, sungguh cepat masa berlalu , masih teringat lagi kenangan world cup 2006 apabila Itali dinobatkan sebagai juara. Time tu ada yang suka , ada yang bencikan team Itali, macam-macam kerenah manusia apabila world cup bermula.. hehehe Kali ni World Cup 2010 dikatakan lebih hebat dan panas walaupun ketiadaan David Beckham , Michael Ballack , dan beberapa pemain lagi tidak menghalang kehangatan world cup kali ini. Pastinya Demam World cup terus melanda bermula hari ini 11 Jun sehingga 11 Julai dengan kehangatan Acara berprestij ini


Team Favourite aku kali ini mengikut keutamaan dari segi kriteria aku sendiri ialah :

1. Germany (sebab Player Jerman ni unik ! Miroslav Klose , Lucas Podolski, Mesut Oezil , Bastian Schweinsteiger. senang cerita mmg aku peminat Germany la !! )

2. Sepanyol (sebab ada Fabregas, Fernando Torres, Xavi & David Villa. tapi minat-minat gitu je..)

3. England ( sebab ada wayne rooney kot.. n sebab dia Bintang MAN UNITED !! )



Skang ni aku letakkan jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 ini dengan mengikut waktu Malaysia. Jadi senang la korang hendak tengok pukul berapa (dipetik dari Unwanted86 ... )



Semestinya World Cup Kali ni aku takkan lepas kan peluang untuk tonton.. hahaha tak sabar rasanya nak tengok perasmian World Cup Mlm ni.. Selamat menjalani demam piala dunia.. hahahaha


p/s: Apa team kegemaran korang pulak??








Selasa, 8 Jun 2010

Important Dates For Senior Student for Semester June 2010 (1/2010/2011)








Click Here to view the schedule

Click Here to go to i-Daftar









Sabtu, 5 Jun 2010

Tulisan Allah Inspirasi Kepada Logo Crocs




Heboh sekarang ini tentang logo Crocs yang bila diubahsuai sedikit, menjadi tulisan Allah. Semua pun tahu, simbolik tulis tersebut amat dititik-berat oleh umat Islam seluruh dunia dan kefahaman agama lain untuk turut menghormati fahaman agama lain adalah perlu bagi meneruskan keamanan hidup di dunia ini. Seperti mana agama Islam tidak pernah mengganggu atau mengejek-ejek fahaman agama lain, adalah perlu untuk mereka yang beragama lain menghormati fahaman orang Islam.



Dalam isu logo ini, sama seperti kebetulan pada logo Coca-Cola, saya hanya mengganggap ianya sebagai satu kebetulan tapi tidak pula menolak jika ianya sengaja disengajakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Apapun seperti yang kita sedia maklum, logo Crocs bukanlah seperti gambar di atas tetapi logo seperti itu diletakkan di tapak kasut bahagian atas (bawah tumit) terutama ada pada kasut Crocband. Biar pun Crocs menggunakan logo di bawah tapi masih boleh dikatakan tidak banyak berbezaan jika dilihat logo tersebut secara terbalik.





artikel diubahsuai dari :ohtidak.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates