Khamis, 20 Mei 2010

YM bahasa Vietnam ????

etBanyak laporan dan blog post yang saya terima dan tengok akhir-akhir ni tentang hacker dan ada beberapa laman telah di-hack oleh individu tertentu bukan untuk kepentingan dunia dan akhirat. Saya juga pernah menjadi mangsa hacker ni. Kali ini mungkin saya akan tulis sedikit tentang ilmu saya tentang hacker ni. Semoga menjadi bahan bermanfaat untuk dibaca pada hujung minggu!

Akhir-akhir ini kerapkali saya menerima YM yang berupa spam dalam bahasa Vietnam. Sungguh menjengkelkan kerana tak tahu nak balas macam mana. Saya pun tengok dan perhatikan mesej tersebut dengan berhati-hati.


 Virus Ym bahasa vietnam malaysia bahasa virus

Cuba perhatikan pautan (link) pada akhir mesej tu. Satu website yang di-host-kan pada 0catch.com. berdasarkan ilmu (cetek) yang saya ada, site 0catch.com ni terkenal sebagai FTP service provider untuk host keylog oleh hacker-hacker seluruh dunia. Saya pun pernah mencuba hack diri sendiri cara ni dan (agak) berhasil.

Deduksi saya berkaitan dengan serangan virus ini:

Hacker (Vietnam) sebarkan virus ini dalam internet. Tujuannya ialah untuk mencuri privasi pengguna komputer. Setiap kali virus ni masuk dalam komputer seseorang, data berkenaan komputer itu (saved password, bank-card number, paypal ID dan lain-lain) akan di-log-kan ke dalam server di 0catch.com tersebut.

Ketika kita melayari laman (bervirus) tersebut, kemungkinan besar kita akan men-download sesuatu tanpa disedari. Mungkin kita akan men-download keylogger (keylogger: satu perisian yang mencatat segala apa yang ditaip pada keyboard termasuk password dan user ID). Keylog tersebut mungkin muncul dalam bentuk ber-extension [*.jpg.exe]. Jika anda buka gambar tersebut, mungkin ada gambar Fasha Sanda sedang makan mamee slurp dengan Mawi atau gambar Adam Bin Hassan kena pukul dengan Sarah (lolz).

Hakikatnya, anda telah mengaktifkan virus tersebut dan segala apa yang tertaip atau segala apa yang ditaip pada keyboard akan di-log-kan oleh hacker tersebut dan hacker tersebut bebas untuk mencuri privasi anda tanpa ragu-ragu.


[Image:  virusym3.jpg]

Gambar di atas menunjukkan bukti bahawa hacker tersebut memang host-kan virus pada 0cactch.com. klik untuk besarkan.

Cara mengatasi masalah ini:

Cukup senang! Jangan klik pada link tuh. Kalau nak lagi secure, install antivirus yang provide Internet Protection kat dalam PC. Prevention (from Vietnamese virus) is better that cure. Kalau nak selamat dari keylogger, saya cadangkan pakai software KeyScrambler.






0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates