Selasa, 4 Mei 2010

perbezaan Orang Selalu Menggunakan Internet dan Tidak Selalu Menggunakan Internet



Dengan adanya internet , manusia dapat melakukan apa-apa perkara saja termasuklah banking, sosial , penyampaian maklumat, dan belbagai-bagai lagi. Boleh dikatakan internet adalah salah satu keperluan penting yang perlu ada pada zaman kita hari ini.

Namun, bukan semua orang terdedah dengan betapa penting nya internet ini. malahan ada juga sesetengah orang yang tidak tahu bagaimana hendak melayari laman web . Dalam post kali ini terdapat dua bahagian . satu bahagian ialah satu golongan yang selalu menggunakan internet dan satu bahagian lagi ialah golongan yang jarang menggunakan perkhidmatan internet.

Perbezaan dua golongan ini ialah :


jika ada cadangan lain boleh kemukakan diruangan komen ye.:)

BROWSER

-Orang selalu berinternet menggunakan firefox (mungkin terbaru chrome)
Kebiasaannya golongan ini tahu kelebihan yang ada pada firefox. Dan kebanyakan laman web yang ada adalah sesuai untuk dipapar menggunakan firefox. bagi yang sedikit advance, mereka akan tahu add ons apakah yang sesuai untuk kegunaan mereka.

MANAKALA !

-Orang jarang berinternet menggunakan Internet Explorer.
Kenapa internet explorer.? Kerana ianya didatangkan secara automatik apabila anda install windows bukan.?. Jadi apabila seseorang itu jarang menggunakan internet, perkara pertama yang terlintas untuk berinternet adalah menggunakan internet explorer yang sudah tersedia.


SEARCH

Orang selalu berinternet 'search' menggunakan google.
Apabila menggunakan internet, sememangnya tidak dapat lari dari mencari sesuatu. Bagi yang selalu menggunakan internet, mereka tahu kelebihan yang dibawa oleh google. Selain itu, google lebih ringan berbanding engin pencarian lain. Bagi yang sedikit advance, mereka akan tahu menggunaan beberapa trick pada kotak carian.

MANAKALA !

Orang jarang berinternet 'search' menggunakan yahoo.
Keadaanya hampir sama bagi seseorang yang menggunakan internet explorer, boleh dikatakan inilah yang 'ditanam' dalam minda apabila mula-mula menggunakan internet.
Biasanya perkara ini akan berubah perlahan-lahan apabila mengetahui google lebih baik.:)


BOOKMARK

Orang selalu berinternet ada bookmark sesebuah laman web.
Bagi yang selalu berinternet,bookmark merupakan antara perkara paling senang 'save' laman web yang mereka suka dan tertarik. Dengan adanya boomark mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk taip url pada kotak address.:). Ada kalanya bookmark juga digunakan untuk 'save' sementara.:)

MANAKALA !

Orang jarang berinternet..Apa itu bookmark.?
Bagi mereka yang jarang berinternet, mungkin bookmark adalah satu istilah untuk sesuatu yang mungkin akan menyusahkan. Mungkin mereka juga sanggup copy n paste alamat untuk web ke dalam notepad. Sedangkan bokmark adalah antara perkara paling mudah.:)


DOWNLOAD

Orang selalu berinternet download menggunakan aplikasi tertentu
Apabila sudah selalu berinternet adalah perkara yang hendak didownload. Kebiasaan aplikasi yang digunakan adalah seperti IDM atau downthemall atau Flashget dan lain². Tidak kira la video klik lagu, mp3 ataupun movie. Dengan menggunakan aplikasi ini proses untuk download dapat dipercepatkan dan dipermudahkan.
Orang jarang berinternet download dengan cara biasa.
Ada link untuk download, klik dan save. Itu adalah asas untuk mendownload. Biasanya orang yang jarang berinternet ini jarang download file-file yang besar seperti movei.



INTERNET CONNECTION
Orang selalu berinternet - Tiada internet - Tidak senang duduk.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan orang yang selalu berinternet, bangun tido sebelum mandi buka internet dahulu, buka apa-apa yang patut. Bagi yang dipejabat, sebelum memulakan kerja juga berinternet dahulu sebelum buat kerja-kerja lain.. Kalau tidak berinternet sehari dua tidak senang duduk dibuatnya.

MANAKALA !

Orang jarang berinternet - Tiada internet.? Ok je..
Bagi yang jarang berinternet kadang tu memang tidak kisah langsung samada mempunyai kemudahan internet atau tidak. Malahan dirasakan tiada kesan untuk dirinya. Mungkin konsepnya mudah. Ada internet, guna. Tiada internet, tidak mengapa..

-----------------------------------------------------------------------------------


Internet ni terlalu la penting pada zaman sekarang , terlalu banyak benda yang terdapat di dalam internet yang boleh dipelajari, Internet juga boleh dikatakan sebagai sumber berita ke tiga selepas media elektronik dan media cetak. Apa pun internet sangat berguna jika pengguna itu pandai menggunakan perkhidmatan tersebut.


-shamil-

thanx to : -unwanted86-

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates