Selasa, 18 Mei 2010

Cuaca panas berjerebu dijangka awal Jun

Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berjerebu pada awal Jun berikutan pertukaran angin monsun Barat Daya yang membawa angin, asap dan habuk dari arah Sumatera.

Menurut Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong, cuaca panas kering itu dijangka berlanjutan sehingga September dan berkemungkinan disertai dengan angin dan juga jerebu dengan cuaca lebih kering berbanding cuaca yang dialami Malaysia sekarang. "Berbanding sekarang, awal bulan Jun akan mengalami lebih sedikit hujan berbanding sekarang tetapi dengan suhu cuaca yang sama iaitu di antara 31 dan 32 darjah Celsius," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, sejak tiga bulan yang lalu, Malaysia melalui monsun peralihan di mana cuaca adalah panas dan lembab dengan suhu mencapai 32 darjah Celsius dan hujan ribut petir yang berlaku tidak menentu. Bagaimanapun, beliau berkata, bulan Mei tahun 1998 pernah mencatatkan suhu yang paling tinggi menjangkau 38.9 darjah Celsius di Chuping, Perlis. - Bernama

----------------------------------------------------------------------------------



Apakah Itu Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
1. Kanak-kanak

2. Orang tua

3. Mereka yang mengalami penyakit

• Asma

• Bronkitis
• Radang paru-paru
• Penyakit paru-paru yang kronik

• Jantung
• Alahan

4. Perokok.


5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.




Kesan-kesan yang akan dialami jika terdedah kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.

• Hidung berair dan kerap bersin.

• Kulit badan terasa gatal-gatal.

• Terasa sakit dada.




IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

• Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
• Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
• Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh warga yang menunggang motosikal ,pelajar yang menaiki bas dan pejalan kaki khususnya.
• KURANGKAN AKTIVITI LUAR BANGUNAN / PEJABAT / KOLEJ / RUMAH.
• Warga universiti dinasihatkan agar sentiasa membasuh muka dan bahagian
kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih .

• Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
• Warga universiti dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates