Isnin, 4 Januari 2010

Adoi undang2 baru ni xbest lar......

JENIS-JENIS KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM ATAU DIKOMPAUN MENGIKUT PERATURAN DAN TATATERTIB PELAJAR UNISEL.
  • Memakai baju atau T yang tidak berlengan dan tidak berkolar.
  • Memakai baju yang bersaiz terlalu ketat.
  • Memakai baju yang bertampung atau bertampal.
  • Memakai baju yang mempunyai tulisan, perkataan atau gambar yang tidak diluluskan.
  • Tidak memakai Jaket Unisel semasa berada di dalam majlis rasmi Unisel.
  • Memakai baju yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna.
  • Memakai seluar yang koyak dan bertampal-tampal.
  • Memakai seluar yang ketat.
  • Memakai seluar yang kaki berserabut dan berbulu.
  • Memakai seluar yang singkat iaitu di atas buku lali.
  • Memakai seluar di bawah paras pusat.
  • Memakai tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang tidak sesuai.
  • Tidak memakai kasut.
  • Memakai selipar, terompah atau capal.
  • Mempunyai fesyen rambut yang melampau dan diwarnakan
  • Menyimpan rambut yang panjang melebihi kolar
  • Memakai subang.
  • Bertindik.
  • Memakai rantai leher.
  • Memakai topi di dalam kelas, makmal, dewan peperiksaan dan pejabat pentadbiran
  • Memakai seluar pendek.
  • Memakai pakaian yang menyerupai wanita
  • Bertatoo.
  • Memakai seluar jeans
  • Memakai rambut palsu
  • Tidak memakai Kad matrik semasa berada di dalam kampus.
  • Tidak dipakai dan dipamerkan dengan cara yang betul
  • Diconteng, ditukar butiran/ gambar atau diubahsuai.
  • Memakai kad matrik pelajar lain.
  • Memakai kad matrik yang tamat tempoh (tiada pelekat sesi pengajian semasa)
  • Tidak menghadiri mana-mana program rasmi yang dianjurkan oleh pihak Universiti.
  • Membuat perhimpunan yang tidak diizinkan.
  • Bermalam di luar kampus tanpa kebenaran pihak berkuasa Universiti (bagi pelajar yang berdaftar
  • asrama).
  • Membantu atau memberi tumpangan penginapan kepada pelajar lain, tetamu luar atau penghuni bilik dari bilik lain tanpa kebenaran
  • Melakukan pertukaran bilik tanpa kebenaran.
  • Bilik berkeadaan tidak kemas dan kotor.
  • Membawa, menyimpan atau meminum minuman keras di dalam kampus.
  • Membawa, meyimpan atau mengdar bahan lucah dan tidak senonoh.
  • Mengalih atau mengubah suai perabot yang terdapat di dalam bilik.
  • Mengotorkan bilik / tempat penginapan.
  • Melakukan aktiviti intai-mengintai atau hubungan isyarat antara penghuni siswa dan siswi.
  • Menggunakan barangan masakan di rumah kediaman tanpa kebenaran pihak berkuasa Universiti.
  • Membuat bising di kawasan asrama.
  • Berada di luar asrama selepas jam 12.00 am tanpa kebenaran pihak berkuasa Universiti.
  • Memasuki kawasan asrama selepas jam 12.00 am.
  • Memasuki kawasan pentadbiran dan akademik selepas jam 7.00 mlm tanpa kebenaran pihak Universiti.
  • Memasuki kawasan larangan Universiti.
ASRAMA
  • Memasuki kawasan asrama yang berlainan jantina.
  • Menghisap rokok di kawasan kampus/ Asrama
  • Menampal sebarang notis, iklan atau mengedarkan
  • Tidak mengikut etika pemakaian
  • Menampal poster di kawasan Kampus tanpa kebenaran serta merosakkan papan kenyataan.
  • Memiliki dapur gas di Asrama/ Kolej Kediaman
  • Meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau dikhaskan.
  • Membuang sampah di kawasan bilik, asrama atau di kawasan kampus.
  • Merosakkan harta atau kemudahan kampus Universiti
  • Menghalang pegawai atau staf yang menjalankan tugas
  • Pemalsuan dokumen rasmi Universiti
  • Memalsukan pelekat asrama
  • Meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang/ mengganggu kawasan laluan
  • Tidak mendaftar Asrama
  • Setiap kesalahan kerosakkan vandalisme di kawasan Asrama.
PERPUSTAKAAN
  • Tidak memakai kad matrik.
  • Membawa beg atau bungkusan ke dalam perpustakaan
  • Membuat bising atau bercakap kuat sehingga boleh mengganggu penguna-penguna lain.
  • Tidak meletakkan buku yang telah dibaca di atas
  • yang disediakan.
  • Mengalihkan kerusi dari satu meja ke meja yang lain.
  • Tidak merapatkan kerusi ke meja sebelum meninggalkan perpustakaan
  • Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran
  • Menconteng/ merosakan mana-mana buku, majalah, suratkhabar dan lain-lain bahan-bahan bercetak.
  • Memakai pakaian yang tidak dibenarkan (Lelaki)
- Memakai t-shirt tidak berkolar
- Memakai sandal dan selipar
- Memakai topi
Memakai pakaian yang tidak dibenarkan (perempuan).
- Memakai pakaian yang ketat, jarang, pendek, nipis atau berbelah.
- Memakai sandal / selipar
- Memakai pakaian yang menjolok mata.
  • Menggunakan telefon bimbit.
  • Makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan
Perlakuan
  • Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas samada dengan datang lewat, tidak menghantar tugasan/ latihan/ kerja kursus atau tidak hadir kuiz/ ujian/ kelas tambahan tanpa sebab yang munasabah.
  • Tidak menghadiri, mengikuti atau mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat, atau lain-lain aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh pihak berkuasa Universiti.
  • Bersikap biadap dan angkuh terhadap pensyarah, pegawai, kakitangan, pelajar atau pihak lain dalam bentuk kelakuan, lisan atau tulisan.
  • Menjalankan aktiviti di dalam atau di luar kampus tanpa mendapat kebenaran dari pihak pengurusan Universiti.Memungut atau cuba mencari wang dengan cara penipuan.
  • Membuat bising , ketawa dengan kuat, bertempik atau bercakap kurang sopan di bilik kuliah, dewan kuliah, makmal, pejabat pentadbiran, rumah sewa atau di mana-mana kawasan berhampiran dengannya.
  • Berkelakuan tidak sopan di kawasan Universiti.
Lalu Lintas
  • Jenis Kesalahan
  • Tiada lesen memandu yang sah
  • Tiada cukai jalan yang sah
  • Tiada pelekat kenderaan yang sah
  • Melanggar arahan papan tanda jalan, panduarah lalu lintas.
  • Membuat halangan
  • Meletakan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan
  • Membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan.
  • Membawa kenderaan dalam keadaan bahaya
  • Tidak memakai topi keledar/tali pinggang keledar
  • Tiada cermin sisi di sebelah kanan motosikal
  • Membawa penumpang lebih dari had yang dibenarkan
  • Kenderaan mengeluarkan bunyi yang bising/ kuat/ diubahsuai.
NOTA:
a) Bagi kesalahan yang boleh dikompaun, had kompaun adalah RM 50.
b) Bagi kesalahan yang berulang atau yang lebih berat, pelajar akan dibicarakan di Mahkamah Tatatertib Pelajar dan hukuman yang boleh dikenakan adalah seperti berikut:-
1) Amaran
2) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit
3) Dihalang berada pada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh ditetapkan.
4) Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan.
5) Diberhentikan daripada pengajian.



-------------------------------------------------------------------------------------------------

adoi.. xbest nye undnag2 baru ni... mcm menyusahkan plak






Kalendar Akademik 2009/2010 Pindaan Disember 2009 (new update )



academic_calendar2





1 ulasan:

Mu$Um! k!N berkata...

Sy akan daftar di unisel shah alam 30hb mei ni,tak boleh pakai seluar jeans lansung ke kalau nak ke kelas? And kalau perempuan islam semua bertudung atau ada yang tak bertudung?

Catat Ulasan

KOmen jgn x Komen !!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates