Ahad, 30 Ogos 2009

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua

Wallah hu ‘alam


dipetik dari:
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10

Sabtu, 29 Ogos 2009

Jom Rilex-Rilex kan otak di bulan Ramadhan ni...

Hang Tuah Fail SPM



JOM Beli Patung Keluang Man

Khamis, 13 Ogos 2009

Registered Courses ! Sem 2

Semester Ogos 2009
Course Code Course Description
Tutorial Section
Credit Hours
1 EID1153 ULUM AL-HADITH - 3
2 EID1213 ILMU AKHLAK - 3
3 EID1223 TARANUM - 3
4 EID3123 ILMU FIQH - 3
5 MPW1133 PENGAJIAN MALAYSIA - 3
6 MPW1143 PENGAJIAN ISLAM - 3
Total Hour
18


Selasa, 11 Ogos 2009

result da keluar.. adus.. aku cuma dpt ni

Exam Result for Semester Mei 2009
GPA: 3.5
CGPA: 3.5
Code Course Title
Course Grade
Remarks
EID1143 ULUM AL-QURAN
B+

EID2243 ILMU DAKWAH
B+




Next sem aku kene naikkan pointer aku !!!

Ahad, 9 Ogos 2009

PERHATIAN- DAJAL-Sedar dan Bangkit Wahai Umat Islam

Dajal - The Arrival

http://rapidshare.com/files/22469534...als.part01.rar
http://rapidshare.com/files/22481702...als.part02.rar
http://rapidshare.com/files/22481689...als.part03.rar
http://rapidshare.com/files/22481664...als.part04.rar
http://rapidshare.com/files/22481664...als.part05.rar
http://rapidshare.com/files/22482174...als.part06.rar
http://rapidshare.com/files/22482226...als.part07.rar
http://rapidshare.com/files/22482761...als.part08.rar
http://rapidshare.com/files/22482639...als.part09.rar
http://rapidshare.com/files/22483180...als.part10.rar
http://rapidshare.com/files/22483178...als.part11.rar
http://rapidshare.com/files/22508197...als.part12.rar
http://rapidshare.com/files/22508727...als.part13.rar
http://rapidshare.com/files/22508663...als.part14.rar
http://rapidshare.com/files/22509554...als.part15.rar
http://rapidshare.com/files/22508982...als.part16.rar
http://rapidshare.com/files/22509979...als.part17.rar
http://rapidshare.com/files/22510043...als.part18.rar
http://rapidshare.com/files/22510314...als.part19.rar
http://rapidshare.com/files/22510356...als.part20.rar
100MB/parts

Ok, firstly aku akan dedahkan pasal secret society around the world... Aku permudahkan, secret society ini adalah pertubuhan-pertubuhan rahsia yang telah diilhamkan oleh dajal laknatullah untuk merencanakan dan melaksanakan rancangan-rancangan jahat dan kotor mereka- New World Order... Terdapat banyak secret society seluruh dunia ni.. Contoh-contoh secret society setakat yang aku tahu adalah Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion, Society Of Jesus/ Jesuit, Knights of The Golden Circle dan banyak lagi..... Samada kite semua sedar ataupun tidak, dunia kita ini sebenarnye dikawal oleh mereka.... teruskan membaca... aku akan rungkaikan sedikit demi sedikit persoalan ini..

Freemason.... Illuminati.... Priory Of Sion...


Skull And Bones... Knight Of Malta Knight Of Golden Circle

Sekarang aku akan detailkan lagi tentang Illuminati...Aku akan cerita asal usul sejarah penubuhan Illuminati ini...

lluminati ini telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan seorang profesor di Universiti Ingoldstald.Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi...Manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati bermaksud al-Nuraniyin.... Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.

Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah...Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat
pada duit 1 dolar US... lambang yang ade pada duit US tersebut
menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi... sebenarnya,
pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari
pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.
Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi...Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”...beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yg benar2 berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemasonry peringkat tinggi....pengikut-pengikut ini memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme)....

Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan...

2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka...


3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...


4. Menghapuskan semangat nasionalisme...


5.Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia...


6.Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.. One World Religion!

One World Religion ini sedang berkembang dan secara halus di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Terdapat banyak cara One World Religion ini merebak, satunya melalui perfileman. Dan juga melalui IFC. Jika aku berkesempatan aku akan huraikan lebih lanjut tentang One World Religion ini. Insya Allah.

Freemason...
Mungkin ramai antara korang dah tahu apa itu Freemason.. Freemason ini
aku boleh kategorikan sebagai ketua kepada secret2 society yang lain..
Freemason ini amat berpengaruh di seluruh dunia.. Lodge2 mereka
terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercinta
ini...Malaysia...Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal.. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuansebenar mereka.. Contoh-contoh Pertubuhan di bawah Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.. Amerika sendiri adalah negara Freemason.. George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini.. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari
orang atasan Freemason... Tetapi ada juga yang cuba menentang mereka dan kesudahannya berakhir dengan pembunuhan Presiden itu sendiri, contohnya Abraham Lincoln dan John Fitzgerald Kennedy (JFK). Insya Allah, aku juga akan ceritakan cerita sebenar di sebalik pembunuhan orang-orang ternama ini. Orang atasan Freemason pula mengikut arahan
Dajal laknatullah... aku akan update lagi pasal Freemason ini nanti.. Untuk kali ini aku akan ceritakan tentang asal-usul dan perancangan-perancangan jahat mereka.....
Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa..program ini dlm istilah Freemason dinamakan 'HARAR' or 'SATANIM', berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.

Program pertama...
Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan 'TAKKIM' :

Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa a.s.antara fitnah keji - ' Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi yang disampaikan kepada kerajaan Rom... tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s... dan menggantinya dengan seorang lelaki bernama Judas...maka setelah wafatnya Nabi Isa a.s., Yahudi masih
berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan
dengan program 'TAKKIM' iaitu :
- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
-Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh
penganut ajaran Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus- aku akan
cerita lebih lanjut macam mana Paulus menyebarkan ajaran Doktrin
Trinitas nanti)...
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu....
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s.....

Pada zaman Islam :

-Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang-orang Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin...mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar dan muhajirin...
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur.
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran dan sebagainya..
-Mewujudkan lembaga pendidikan Islam
yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan
al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry....
- Menghidupkan sunnah-sunnah jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang.
-Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan Nasrani dan agama
lain...antaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid,
ulangtahun dan sebagainya....

Program kedua....

Dinamakan 'SHADA'
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia....
- salah satunya ialah di India
ketika islam bangkit untuk kembali kepada al-quran dan hadis dan
menyerukan 'jihad fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn
Freemasonry menubuhkan gerakan anti-jihad...antara lain ialah dengan
menggalakkan ahli sufi dan ulama menganggotai Freemasonry....

Seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', kalu anda ambil SPM mesti kenal Mirza Ghulam Ahmad ini, ada dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan 5-Pengasas Ajaran Sesat..dia mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman,
Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya...Rabithah Alam Islami
yang brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394 Hijrah memutuskan bahawa ajran 'Ahmadiah' itu bukan islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme....
-Kes-kes 'aliran sesat islam' yang berjadi di Indonesia seperti solat
dua bahasa dan lainnya, kemungkinan besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni..

Program ketiga...
Dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan...
-Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan
Freemason....
- Mendukung teori2 bertentangan.....
-Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud
dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu
bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu sama lain...

Program keempat...
Dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas.
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (atheism dan freethinker).
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'.
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik.... AF,Malaysian Idol, OIM...
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya.
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkan perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.

Program kelima....
Dinamakan 'BABILL' -
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa.
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi.

Program keenam...
Dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi).
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur.


Program ketujuh...

Dinamakan 'PROTOKOL'
-dalam istilah Freemasonry.protokol khusus untuk program bangsa Yahudi
dalam suhyuniah (zionisme) yang dimulai dengan penyebaran
protokol.isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai
dunia.diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara,
penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi.dengan program
protokol ini, bangsa yahudi dapat menjdi penguasa ekonomi dunia,
pengaturcara politik dan penerangan (medium, media) dunia. (mungkin website sosial mcm FS,FB,Tagg boleh dikategori dlm program ini)

Program kelapan...

Disebut 'GORGAH' :
-Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus
dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan...pepatah
Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
-Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat.jika namanya
disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan.(cara ini jugalah digunakan oleh mereka untuk menjatuhkan wira kita, Micheal Jackson)
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempat-tempat maksiat..
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.....
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus....

Program kesembilan...
Dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam plotis yang fahamannya terumbang-ambing.
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam.
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.

Program kesepuluh...

Dinamakan 'QORNUN' :
-Orang-orang yang terpilih yang disyaki berbahaya kepada Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry.
-Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama...memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam
keduniaan (materialisme).
- Musuh-musuh Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry.
-Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari
bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat..bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi... kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi
anggotanya....


Dari data-data tersebut dapat kita lihat bahawa
begitu berkembangnya program-program Freemasonry dan Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam Al-Quran bahawa mereka (Freemason) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain....

Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program tansiq iaitu
penyatuan hati umat islam.dalam hal ini, ulama Islam sebagai
pemegang amanah para rasul2 seharusnya bersatu untuk memimpin dan
membangunkan program tandingan sedunia yang insya-allah pasti akan
menyaingi dan menghancurkn program-program Freemason ciptaan Dajal ini.

Malaysia ini dah lama bertapaknya Freemason.. masa zaman penjajahan British dulu bermulanya kemasukan Freemason ke dalam negara kita. Aku akan post tentang kemasukan Freemason di Malaysia kemudian.

p/s Kalau anda semua perasan kebanyakan logo-logo Freemason dan Illuminati ada lambang mata satu... Mata Satu= Dajal....

Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang sedang berlaku... Gerakan Freemason juga kuat di Malaysia ini.. Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia... Yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal
ini... Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup menjual agama
meraka... Subhanallah...

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME)...DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pd 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah... Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk... Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.....

DGLME
ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji..
Kuala Lumpur: 3 loji..
Pulau Pinang: 1 loji..
lpoh: 1 loji..
Kuantan: 1 loji..
Kuching: 2 loji..
Port Dickson: 1 loji..
Port Klang: 1 loji..
Taiping: 1 loji..
Kota Kinabalu: 1 loji..
Bangkok: 3 loji..
Pattaya: 1 loji..


Di Malaysia terdapat 12 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja... Ini tidak termasuk lagi lodge-lodge kecil yang dibina di seluruh negara.. Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang...


Ini satu lodge dekat Johor.. Member aku yang asal Johor cakap dia kenal Lodge ini,lodge ni dia cakap ondaway nak pergi Danga Bay korang akan lalu katlodge ni... Mungkin mr x, mr smile atau siapa saja yang stay Johor pernah ternampak lodge ini.




Yang ini pula, gambar-gambar Freemason dari Pulau Pinang....





Hmm,tidak banyak maklumat yang aku dapat korek tentang pertubuhan rahsia ini.. Secara ringkasnya, Priory of Sion adalah satu kelompok rahsia di mana dikatakan Leonardo Da Vinci,Jacques De Molay (Grand Master Knight Templar) dan Isaac Newton adalah Grand Master bagi kelompok rahsia ini...Priory of Sion mempunyai kaitan dengan Masonic Lodges yang lain seperti GLA (Swiss Grand Lodge Alpina) dan P2 (Italian Masonic
Lodge)....



Masonic Lodge ini telah merekrut ahli-ahli mereka untuk Priory of
Sion...P2,sebagai rangkaian Priory of Sion adalah satu organisasi yang
lebih kepada mafia,mereka telah mengawal Italian Secret Police dan ada
kaitan dengan CIA dan KGB.P2 disyaki sebagai suspek utama pembunuhan
John Paul I dan melakukan percubaan membunuh John Paul II.




CFR ini adalah bayangan kepada pertubuhan Illuminati.Tujuan utama pertubuhan ini dibentuk adalah untuk mewujudkan One World Government..CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama dan menyebabkan dasar luar Amerika berubah selepas itu.. Amerika menyokong penubuhan negara Israel dan membantu perpindahan penduduk Yahudi ke Palestin dan juga Perang Dunia kedua.. Semua Presiden Amerika Syarikat sejak 1920-an hingga sekaran adalah ahli CFR.. Ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild....
http://www.globalpeaceexchange.org-a.googlepages.com/Logo_UN_blauw.jpg/Logo_UN_blauw-full.jpg
Untuk mencapai maklamat utama mereka iaitu One World Government, mereka telah menubuhkan PBB selepas perang dunia kedua.. PBB pula dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh 7 buah negara Kuasa Nuklear termasuklah Jepun..untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dari kalangan negara Islam dan satu lagi pertubuhan sulit ditubuhkan bagi merealisasikan misi itu iaitu Trilateral Commission (TC)..



TC pula ditubuhkan oleh insan yang ada di dalam mana-mana Secret Society ini, David Rockefeller pada 1973... TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialah Presiden Bank Dunia, Presiden Fuji Xerox, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, , bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang dari billionaire dari Malaysia

Seperti pertubuhan2 lain juga, pertubuhan rahsia Freemason juga ada pangkat2 tertentu dalam pertubuhan mereka. Hanya ahli2 berpangkat tinggi sahaja yang mengetahui rahsia sebenar di sebalik pertubuhan ini..

Pangkat dalam Freemason....
Mereka ada pangkat2 tertentu. Ada dua sect yang popular, Scottish Lodge dan American Lodge....ada 33 pangkat semuanya...tapi di Amerika cuma ada 32 level, untuk ke level 33, mereka harus diiktiraf di Scotland...lihat lambang kerajaan Amerika (The Great Seal) ,
cuba kira berapa helai bulu pelepah burung tu pada kedua-dua
kepaknya...tapi harus diingat, tak semua ahli Freemason tahu mereka
menganggotai satu persatuan yang amat berbahaya....ni adalah kerana
cuma mereka yang berpangkat 31 ke 33 (tertinggi) saje yg tahu tujuan
dan motif sebenar kumpulan ini...ada satu pendapat untuk peringkat
tertinggi yang mengatakan ahli bawahan harus ditipu dan dialih
perhatian mereka dari kebenaran kumpulan tu kerana mereka masih
mentah....

Kita kena ingat, persatuan macam Freemason ni pada mereka bangsa takpenting, yang penting, matlamat mereka,

NWO/ New World Order....

[/center]

Sapa yang cetuskan perang Dunia 1 dan 2? korang ingat apa yang korang
belajar kat sekolah tu betul??? merekalah sebenarnya yang cetuskan
perang2 nih. kenapa?.........

Sebab mereka adalah Bankers, dan bila negara berperang, negara akan amik hutang. mereka akan bagi hutang dengan bunga yang tinggi...tak dapat bayar, mereka akan kenakan syarat2 ketat supaya mereka dapat 'kawal' kerajaan' tu..

Hitler, sapa yang finance dia? Rothschild, dia ni antara kepala Illuminati.... dia Yahudi, tapi kenapa dia finance org yang seksa Yahudi? Sebab dia bukan kisah pasal bangsa, yg dia tahu plan NWO....sebab itulah, mereka dah rancang, atas dasar kesian (pasal Holocaust), pencerobohan atas
Palestine oleh Yahudi (mereka claim mereka Yahudi, sebenarnya mereka
bukan Yahudi pon, cuma suku kaum Tar Tar ) di halalkan....kononnya
tanah Palestine tu milik mereka.sebab tuh, Rothschild bnyak invesment
kat Israel...dan sapa ingat pasal salah satu hadis nabi, pasal tentera
dajal akn ada tulisah KAFIR sampai org buta hufur pon dapat baca?....
see this picture...

“The Great Seal” menjadi salah satu lambang negara Amerika pada 20 Jun 1782...
The Great Seal penuh dengan makna-makna tersembunyi... Fakta-fakta disebalik misteri simbol Mason, The Great Seal, antaranya ialah...




-Pada bahagian atas sekali, ada 13 bintang dan membentuk star of david
atau seal of solomon... Heksagram ini adalah azimat yang digunakan oleh
kaum pagan untuk membangkitkan/menyeru syaitan..

- Pada ranting pohon zaitun, daun berjumlah 13....

- Pada cakar kanan, anak panah berjumlah 13...

- Pada perkataan, “E Pluribus Unum”, huruf-hurufnya berjumlah 13...

- Pada sisi atas helang, terdapat bintang yang berjumlah 13...

-Pada sayap kanan, bulu berjumlah 32 yang melambangkan tingkat 32 dalam
darjat Freemason Scottish Rite, belah kiri pulak ade 33 melambangkan
tingkat dalam darjah Freemasonry...
- Pada perkataan Annuit Coeptis, huruf-hurufnya berjumlah 13..
- Bulu ekor burung helang ni ade 9, melambangkan tingkat darjat Freemason kt New York..


Helang itu sendiri merupakan ikon Freemason yang telah digunakan secara luas oleh Scottish Rite.......

Untuk menjayakan projeknya iaitu New World Order,
Dajal memerlukan satu medium untuk melekakan manusia.. Medium itu
adalah hiburan... Sepertimana yang kita semua lihat pada hari ini
industri hiburan berkembang pesat dan telah banyak mempengaruhi
muda-mudi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia ini... Dari segi
berpakaian, cuba kita lihat muda-mudi zaman sekarang terutama
perempuan.. Bukak tudung, pakai ketat2.. Bertepatan lah dengan prinsip

New World Order- Lupakan akhirat, lebihkan dunia...

Ok, tadi just mukadimah.. Apa yang aku nak bagitau kali ini adalah
berkenaan artis2 Illuminati... Kebanyakan artis2 Hollywood adalah aritis Illuminati... Cuma kita je yang tak perasan.. Ini adalah salah satu rancangan dajal untuk 'brainwash' kita... Mesej2 dalam lagu tu ada maksud tersembunyi... aku akan terangkan balik pasal tu nanti.... ok, ni gambar2 artis Illuminati....

Madonna


Jaz-Z...


Kanye West...


ni hanya sebahagian contoh2 artis Illuminati.. Bukan hanya di Hollywood
tetapi di seluruh dunia... bukan semua artis adalah artis Illuminati..Ade artis yang menentang Illuminati, contoh terbaik Bob Marley.. Beliau adalah artis yang menentang Illuminati melalui lirik lagunya.. Tetapi beliau akhirmya mati dibunuh oleh agen2 dajal... Selain itui, mereka akan dijatuhkan reputasi dan akirnya dibunuh, Micheal Jackson. Ini kerana mereka membawa mesej Peace Love Harmony melalui lagu-lagu mereka yang bertentangan dengan agenda konco-konco dajal yang ingin sebaliknya.
BOB MARLEY


Al-fatihah to our hero, Mikaeel..





Bagaimana Yahudi Laknat membentuk negara haram Israel?? Semuanya sudah dirancang oleh The Hidden Hand/ Dajal/ The False Messiah/ Anti-Christ... Di bawah adalah kronologi bagaimana negara haram ini ditubuhkan...

Dajal memerlukan One World Government untuk mengawal seluruh dunia ini.... Dia telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah2 perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan digunakan...melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusn undang2, Dajjal merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli2 politik dunia... Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis... Pertubuhan ini berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut... Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja2 ini....
Sejarah pertubuhan Zionist Antarabangsa....

Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl.... Herzl dilahirkn di Budapest, Hungary....dia menerima ijazah dalam perundangn tetapi memilih untuk menceburi bidang
penulisan...
Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telahberhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar
Vienna Neue Presse....dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik
(anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang
tidak mahu berubah.... (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup
cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka2 pergi Paris)Semasa di Paris, dia menyaksikn sikap anti-sematik yang
menebal di Perancis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan
kesaksian bagi kes penindasan Yahudi... Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorg Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis....

Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia...sifat
anti-sematik mereka susah utuk dihakis... Herzl berasa kurang senang
dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah
menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka
iaitu Palestin...anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri...daripada tu, Herzl menubuhkan
gerakan politik Zionist....selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu
membina sebuah Negara Yahudi merdeka....dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkn risalah2 berikut dikalangan Yahudi Eropah...risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari
masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara....

Pada tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel,
Switzerland...Ia merupakan kali pertama org2 Yahudi seluruh dunia
berjumpa untuk membincangkan agenda politik...bahasa perantaraan yang
digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman.... mreka sedar
bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru... kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi.. mereka mula menetapkn tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali... pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dgn mengatakan “Jika kamu semua berkehendak, maka ia bukan lagi fantasi”.......

Kongres Zionis Pertama..


Hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakn Illuminati...cara Herzl bekerja adalah luar biasa... dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya,
malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia...dari mana dia mendapatkan semua kos
pengangkutannya ke sana ke mari itu?...

Tidak lain adalah dari jutawan2 yangg juga ahli Illuminati... jutawan2 ni telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja2 Herzl....jutawan2 ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers..... Siapakah financiers tersebut? nantikan...

Rujukan
bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “104”, tajuk: The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris), muka surat: 638, Riyadh, Arab Saudi: penerbit: Darussalam. "Narrated 'Auf bin Malik R.A."I went to the Prophet S.A.W. during the Ghazwa of Tabuk while he was sitting in a leather tent. He said, "Count six signs that indicate the apporach of the Hour: my death, the conquest of Jerusalem, a plague that will afflict you (and kill you in great numbers) as the plague that afflicts sheep, the increase of wealth to such an extent that even if one is given one hundred Dinars, he will not be satisfied; then an affliction which no Arab house will escape, and then a truce between you and Bani Al-Asfar (i.e. the Byzantines) who will betray you and attack you under eighty flags: Under each flag will be twelve thousand soldiers."
bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad; Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996). bab: “10”, tajuk: The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris), muka surat: 1022, Riyadh, Arab Saudi: penerbit: Darussalam. "Narrated (Abu Huraira)" Allah's Messenger SAW said, "the Hour will not be establish till1) two big groups fight each other..(2) about thirty dajjal appear (liars).. (3) the religious knowledge is taken away... (4) earthquakes will increase in number (5) time will pass quickly (6) al-Fitan (trials and afflictions etc.) will appear, (7) al-Harj, (i.e., killing) will increase, ( wealth will be abundance... (9) the people compete with one another in constructing high buildings, (10) a man passing by a grave of someone will say, "Would that I were in his place" (11) ... the sun rises from the west..."


Egypt ada lodge freemasons mereka yang terkenal, Cairo Lodge!! disini la banyak freemasons2 muslim berkumpul!!, salah satu Lodge terpenting di Middle East!! Knights of Malta King Juan Carlos of Spain ada role yang amat penting di Middle East!! elite2 menggelarnya sebagai "King of Jerusalem" dan "The Navigator"...orang ni pun pernah datang negara kita dan orang2 kita pun pernah melawat beliau di Spain sana!!

cairo lodge!

King Juan Carlos of Spain/King Of Jurusalem/The Navigator


Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam




-di copy paste dari carigold..thanx to AlchemisT -

Sabtu, 8 Ogos 2009

Hati-hati - Doa hindar H1N1 yg sesat



[doa+h1n1.bmp]

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah seperti yang saya lampirkan.


Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut. Adakah boleh kita mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.

Terima kasih,

Syukor,
Kuala Lumpur



Jawapan:
Waalaikumsalam...

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. Tidak pernah saya terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama'-ulama' tanahair ada ulama yang dikenali dengan nama tersebut.

2. Di bawah risalah tersebut dinyatakan, disediakan oleh ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb Sakiran, Bahagaian Dakwah Bebas JAIS, kategori D1, D2 & D3, beserta no rujukan fail dan no HP.

Untuk pengetahuan tuan, ada banyak keraguan di sini :

i. Tidak wujud pegawai dengan nama tersebut bertugas di Bahagian Dakwah JAIS.
ii. Tidak wujud yang dinamakan "Bahagian Dakwah Bebas" JAIS
iii. D1, D2, & D3.. setahu saya ia adalah kod bagi kategori kad tauliah mengajar. Jadi, apa kaitan dengan bahagian dakwah JAIS yang dinyatakan.
iv. No HP yang tertera telah cuba dihubungi, tapi tidak diangkat.

3. Matan doa yang di tulis juga mempunyai banyak keraguan.

i. Dari sudut maknanya, ia seolah-olah bukan doa yang dipohon kepada Allah, tetapi tawassul yang dipohon kepada manusia. Ulama bersepakat bahawa haram bertawassul dengan memohon kepada makhluk. Yang dibolehkan adalah tawassul dengan kemuliaan dan keberkatan orang soleh dan hajat tetap dipohon kepada Allah.

ii. Doa tersebut jelas tidak mengandungi perkataan dalam bentuk apa-apa doa, permintaan hajat kepada Allah. Hanya sekadar tawassul kepada 5 orang yg disebutkan dalam matan ayat tersebut.

4. Saya mengandaikan, ini adalah surat berantai yang disebarkan oleh individu tertentu dan tidak mempunyai apa-apa sandaran nas juga tidak warid (bersambung) dari Rasulullah SAW.

Oleh itu, abaikan sahaja dan wajib kita hindari apa2 amalan yg tiada sandaran nas daripada al-Quran dan al-hadith.

Sekian.

Wallahu a'lam bis sowab.

Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar
http://syababkapar.blogspot.com/

Message From UNISEL About H1N1


Attention to All Students! / Perhatian kepada Semua Pelajar!


The Management of UNISEL is aware of the H1N1 pandemic at the moment. Therefore, all new and returning students are strongly advised to ensure that you are in good health before attending registration.

If you are in doubt about the H1N1 virus and its symptoms, please seek advice from the nearest Healthcare centre.

Click here to view about Virus H1N1





Pihak Pengurusan UNISEL prihatin dengan penularan wabak H1N1 pada masa kini. Sehubungan itu, semua pelajar (baru atau lama) adalah dinasihatkan untuk memastikan anda berada dalam kesihatan yang baik sebelum hadir mendaftar.

Jika anda mempunyai keraguan tentang H1N1 dan tanda-tandanya, sila dapatkan nasihat daripada pusat kesihatan yang berdekatan.

Klik disini untuk mengetahui Virus H1N1

Rabu, 5 Ogos 2009

Result E-Residen !! KAMPUS BESTARI JAYA SESI JULAI 2009



Result E-Residen


Selasa, 4 Ogos 2009

Pelajar Pintar Kenakan Guru

ada seorang guru perempaun yg cuba ingin menyesatkan anak2 muridnya yg berumur 4thn..

Kisahnya bermula mcm ni

guru : Ok murid kamu nampak x pen yg cikgu pegang ni?

Murid : Nampak cikgu

cikgu : Ok skrg cikgu sorok pen ni ...kamu semua nampak x?

Murid : Xnampak la cikgu

cikgu : Ok kamu semua ada tuhan ker tidak ?

Murid : Ada!

Cikgu : Kamu nampak ker tidak tuhan kamu tuh?

Murid : Xnampak cikgu

cikgu : Jadi tuhan tuh ada ker tidak???

Murid : Xder cikgu

dgn perasaan poyo dan bangganya cikgu tersebut mengukir senyuman sinis kerana dpt serba sikit merosakan ahlak murid2 tersebut.....

Akan tetapi ada seorang budak pintar bernama ali dgn secara tiba2 bangun dr kerusi lalu
berjalan menuju ke hadapan dan berdiri di sebelah guru perempaun tersebut dan berkata

ali : Ok kawan2 semua...cikgu ada otak ker tidak??

Kwn2 : Ada!!!!!!!!!!

Ali : Tapi kamu semua nampak x otak cikgu??

Kwn2 : X nampak!

Ali : Jadi cikgu ada otak ker tidak?

Kwn2 : Cikgu xder otak!!!



(~_~)Thanx to tebbaloi

Serangga Paling Pelik Atas Dunia !SubhanAllah..










-thanx to radhiradhi79 -

Sabtu, 1 Ogos 2009

Hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati Akibat wabak selesema A (H1N1)


Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1)
jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 1991-2010 MyBlog. Powered by Mohd Rahimi Shamil MyBlog Diubahsuai oleh Shamil Group sdn bhd. Sponsor by deluxetemplates